.

*sticky post*
please scroll for recent post

GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

SANGAT MUDAH

1. BUAT ENTRI
  • Buat satu entri dan letak banner di bawah dengan tajuk "GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM"

Letak link entri di banner ini
2. WAJIB FOLLOW blog Mommy "www.shehanzstudio.com"

3. WAJIB LIKE page di bawah
4. HADIAH KETURUNAN HELLO KITTY
  • Contoh hadiah seperti di bawah (p/s : TERTAKLUK KEPADA TUAN TANAH UNTUK TUKAR HADIAH YANG SAMA NILAI)

5. Tinggalkan link anda di bahagian komen.

6. Pilihan pemenang adalah secara RAWAK.
7. Hanya 3 pemenang sahaja yang akan dipilih!

p/s: Clue : Be creative

GOOD LUCK!
Salam

Anda tahu maksud OOTD?

Atau kadang-kadang tu ada manusia terlebih rajin eja "oh oh tee dee" sebagai hashtag mereka.
OOTD= Outfit of the day= penampilan anda yang patut dikongsi ke seluruh pelosok dunia
Tips

1. Natural sunlight!
  • Pencahayaan sangat penting. Bergayalah di kawasan yang cerah, lapang dan menghadap cahaya. Bukan membelakangkan cahaya.
2.  Cipta gerakan badan
  • Pakai dress? Cuba kipas-kipaskan dress anda pakai tu.
  • Rambut panjang? Buat gaya ala model American Next Top Model. Tak kisah la nak flip hair ke.
  • Suka lompat? Then lompat!
3. Penggunaan filters
  • Filter bertujuan untuk serlahkan foto anda, tidak lebih dari itu.
  • Less is more! Gituuu!
  • OOTD cuma ingin lihat wajah cantik anda dan pakaian dengan jelas.
4. Belajar dari yang pakar
  • Banyak contoh OOTD yang anda boleh dapat dari Google atau Pinterest contohnya. Banyak juga dari blog-blog street fashion bloggers contohnya.

Ni kira OOTD tak ni? Hihiihi
Salam
TIPS JADI RAJIN

Dari dulu Mommy cari gali tips JADI RAJIN ini. Mommy rasa kena cubajaya juga tips di bawah ini. Malas ni datang dalam dua ujian.

Pertama. Malas yang biasa-biasa.
Kedua. Malas yang melampau-lampau.

Betul tak uols?

TIPS PERTAMA

Buang MALAS.

Macam mana nak buang malas?
  • Ingat yang malas itu bukan ajaran Islam
  • Ingat yang malas hanya merugikan diri sendiri
  • Ingat yang malas cuma menguntungkan yang rajin
Bagaimana nak atasi rasa malas?
  • Banyakkan berdoa
  • Bersungguh-sungguh ketika berdoa
  • Lawan syaitan
  • Lawan nafsu
 Mak pernah pesan kat Mommy, nak jadi baik ni memang susah. Kena kental. Kena lawan.
Akhir kata, janganlah jadi pengikut syaitan dan nafsu. Jadilah pengikut iman dan akal.
Salam

Seringkali berkata kat diri sendiri.. apalah sangat dugaan Mommy kalau nak banding dengan orang lain kan?

Tapi.. Mommy tetap nak sedih juga. Haha.

Layankan aje.

Mommy pening betul kenapalah AE cranky sangat malam tadi. Tengok-tengok, leher dia merah menyala. Penuh ruam. Adoiii.. Ekzema dia naik balik. Sampai ke bahu. Dah macam kelopak garam.

Maybe salah makan.

Kalau macam ni punya gaya, Mommy yakin, sure hari ni AE cranky. Susukan beliau sebab badan pun dah macam suam semacam. Mommy mandikan beliau bila tengok dah asyik meraung je. Kakak pun dah dipesan kena jaga hati adik. Jangan ngusik apa-apa. Nasib baik laaaaaaa kakak ni maha mengerti. Apa je yang adik pegang, dia tak rampas. Apa je yang adik nak, dia kasi. Tq kakak.

Gerak hati Mommy memang betul lah malam tadi. Bila pagi ni, Mommy tengok laporan buku taska/pengasuh Ariq. Report/suggestion diberikan.
"tantrum. please bring him to the therapy class"

Remuk tak hati?

Ye remuk.

Tapi, pengasuh tak bersalah pun kalau dia tak boleh sabar. Nak jaga anak syurga ni memang mencabar.

Budak mana tak tantrum?

Budak tantrum selalu bersebab kan?

Mommy rasa, satu faktor ialah ekzema dia tu. Buat dia tak selesa. Nak cakap, tak boleh. Maka, tantrum.

Ada yang tanya, apa maksud tantrum?

Tantrum adalah hasil dari energi tinggi dan kemampuan yang tidak mencukupi dalam mengungkapkan keinginan “dalam bentuk kata-kata”
Faham ke faham??

Mommy nak suruh faham tu.

Mommy memang stress amat pagi ni. Siap dah nangis pun dalam kereta. Dah la Daddy takdak. Nak pelukan ketenangan pun takde. Hukhuk

Sabar je lah.

Apalah sangat dugaan Mommy kalau nak bandingkan yang di luar sana kan?

Sambung nangis.

T_T
Salam

Mommy terbaca twitter PM kita..

Ternampak ni..


25 Sep 2011
Bile lah DS nak reply mention aku ni.. Taknak pangkah dacing lah next PRU. Merajuk.

Ini reply saya. Jadi jangan merajuk.

Hahahaha
PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci sanggup menerima padah termasuklah disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak berikutan tindakannya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Desakan itu dibuat menerusi rakaman videonya yang dimuat turun di laman rasmi Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu.

Wincci, 29, berkata, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri  dan bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.

”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima.

"Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Selasa.

Wincci kini sedang berada di Taiwan atas urusan kerja.



Pada 30 Ogos lalu, Wincci telah memuat naik klip video perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung pada Sabtu lalu serta luahan rasanya yang terharu melihat sebahagian masyarakat yang turun padang menyertai perhimpunan berkenaan.

Pada masa sama, dia turut mendesak Najib meletak jawatan segera memandangkan sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain begitu selesa dengan kedudukannya sekarang.

Wincci turut memuat naik video lagu baharunya berjudul This Is The Time yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini.

Video tersebut menunjukkan visual-visual perhimpunan Bersih 4.0.

Sementara itu, Wincci berkata, dia tiada niat untuk melukakan hati mana-mana pihak, namun apa yang dilakukannya hak sebagai seorang rakyat.

"Andai kata perjalanan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri.

”Apa yang dibuat  bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi  kita pada masa akan datang," tegasnya.

Salam

cara bayar zakat emas dan perak

Zakat Emas & Perak

  • Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.
  • Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).
Dalil Wajib Zakat
Dalil Al-Quran
وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Maksudnya :
“Dan (ingatlah)orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”(Hadis riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.(Hadis Riwayat Muslim)

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:

Emas Perhiasan Wanita (اَلْحُلِّى)
  • Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).
  • Contoh:
    • [(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
    • (900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95
Emas Bukan Perhiasan ( غَيْرُالحُلِّى )
  • Iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya.
  • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.
  • Contoh:
    • Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
    • 100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95
Emas Bercagar
  • Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.
  • Contoh:
  • [(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
  • [(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470
Perak
  • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
  • Contoh:
  • 600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75
Cara kiraan zakat boleh cuba KALKULATOR ZAKAT EMAS & PERAK di sini.